Wednesday, 28 November 2012
Posted by Selamat Datang Ke Blog Kami at 19:34 0 comments
Saturday, 12 May 2012
Ayat Permintaan
Semua orang pernah meminta pertolongan. Malah, adalah sangat mustahil sekiranya seseorang itu tidak pernah meminta pertolongan. Namun, tidak semua orang yang meminta pertolongan dengan cara yang baik.
Sewaktu saya melalui sebuah kelas, saya telah terdengar satu tengkingan yang agak kuat sehingga dapat didengar sehingga ke luar kelas. Pada ketika itu, saya sempat menjeling ke arah kelas tersebut dan ternampak seorang perempuan sedang berdiri dengan wajak seperti seseorang sedang marah. Jeritan tersebut bebrbunyi :
Tolong jangan bising.
korang ni tak pandai nak duk diam-diam ke ek?
memekak je dr td...kn da ckap Dr. suh buat kerja kumpulan...
buatla dgn tangan bukannya dgn mulut....
Dalam situasi di atas, pelajar perempuan tersebut meminta pertolongan daripada rakan kelasnya yang lain supaya diam dan melakukan kerja yang telah diamanahkan. Namun, mungkin disebabkan kedaan kelas yang tidak terkawal lalu terjadilah peristiwa tersebut. Ayat permintaan digunakan oleh penutur untuk meminta orang kedua atau lebih melakukan sesuatu untuk kita. Antara ayat permintaan ialah tolong, mohon dan minta. Selain itu, kata perintah juga boleh disertai dengan partikel -lah bagi menghaluskan perintah. Contoh :
Tolonglah panggil orang itu.
Tolong panggil orang itu.
Namun dalam contoh di atas iaitu situasi yang berlaku dalam kelas tersebut, ayat permintaan yang digunakan adalah tidak gramatis. Hal ini adalah kerana, ayat permintaan tidak boleh menerima kata larangan jangan. di samping itu juga, bentuk-bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif. Justeru itu, ayat yang digunakan oleh pelajar perempuan tersebut adalah tidak gramatis.
Apa dia Ayat Permintaan
Ayat Permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh-contoh ayat permintaan
a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan
b) Minta tuan benarkan kami masuk
c) Minta kamu semua bertenang
1) Tolong tutup pintu depan itu
2) Tolong selesaikan pergaduhan ini
3) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.
Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul
1. Sila jangan merokok
2. Tolong jangan bising
3. Minta jangan berludah
Ayat-ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya:
1. Harap jangan merokok.
2. Harap jangan bising.
3. Harap jangan berludah.
RPH THN 2-KSSR
Lampiran RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR
SENARAI TUGAS AHLI2
Posted by Selamat Datang Ke Blog Kami at 20:02 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)